Organisasi PKG

Pusat Kegiatan Guru Rawang merupakan salah satu daripada rangkaian kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.Kami merupakan wakil kepada Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan.Peranan utama kami adalah sebagai sebuah organisasi pemantau dan khidmat bantu dalam bidang penggunaan teknologi pendidikan dan pusat sumber sekolah.Pusat Kegiatan Guru Rawang dipertanggungjawabkan mengawalselia pemantauan dan khidmat bantu kepada 29 buah sekolah khususnya Zon Rawang yang merupakan salah satu daripada 4 zon di Daerah Gombak.

Pusat Kegiatan Guru Rawang pada masa ini beroperasi di bangunan sementara di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang. Organisasi ini diterajui oleh seorang Ketua PKG dan dibantu oleh seorang PTP dan seorang Pembantu Tadbir.

Ketua PKG: Azmi Sham Hj Mohamed

Pen.Ketua PKG: Sakri Said

Pembantu Tadbir: Zaharida Shafai

Alamat:d/a SK.Bandar Baru Rawang,Persiaran Pelangi,Taman Pelangi,48000 Rawang,Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-60910145 Faks: 03-60910145

Waktu Operasi: 7.30 am - 5.30 pm

Email: pkg_rawang@moe.edu.my dan rawang@pkg-rawang.pkgdg.org

Pengerusi: Pn. Ho Chee Lian

Naib Pengerusi SR:Pn Salmah Sahib

Sekolah Ahli: 29 buah ( 13 SK, 2 SJKT,4 SJKC,8 SM,1 SBPI,1 SAM )

PENTADBIRAN

Unit khidmat Bantu Penggunaan Peralatan ICT
1. Memantau dan memberi khidmat bantu pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.
2. Memantau penyelenggaraan infrastruktur ICT, rangkaian dan aplikasi sistem di sekolah .
3. Memantauan program pengintegrasian aplikasi pendidikan dengan aplikasi lain yang digunakan oleh sekolah.
4. Melaporkan maklum balas dan aduan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan BTP dan BTPN.
5. Memberi khidmat bantu penggunaan bahan pelbagai media.
6. Memantau dan khidmat bantu projek inovasi BTPN, PTPB dan PKG di sekolah.
7. Memantau dan memberi khidmat bantu projek inovasi berteraskan Teknopen di sekolah.

Unit Khidmat Bantu Pengisian Teknologi Pendidikan dan Media

1. Menjadi pusat rujukan penggunaan teknologi pendidikan dan media.
2. Menguruskan pangkalan data teknologi pendidikan dan pangkalan data sumber pengajaran dan pembelajaran di Pusat Sumber PKG.
3. Memberi khidmat penggunaan dan pinjaman kepada pengguna Pusat Sumber PKG.
4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah.
5. Memantau, menyelaras dan menambahbaik program literasi maklumat, galakan membaca dan program pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
6. Merancang dan mengurus pembangunan Pusat Sumber PKG dari segi kemudahan fizikal dan koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.
7. Menyelaras dan memantau pertambahan koleksi perolehan dan pengedaran Bahan Bacaan Tambahan dan BBM di peringkat Pusat Sumber Sekolah.
8. Memantau dan melapor pelaksanaan dasar penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.

Unit Pentadbiran dan Kewangan

1. Menguruskan hal-ehwal pentadbiran am pejabat.
2. Mengurus dan melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan staf PKG.
3. Merancang, mengurus, dan melapor hal-hal pengurusan kewangan PKG.
4. Menyelaras penggunaan premis dan kemudahan PKG.
5. Menguruskan pembangunan keceriaan dan keselamatan premis.

MISI

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

VISI

Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:

Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.

Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.

Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.