Archive for November 10th, 2008

Makluman kepada semua GPM Rawang Sila ambil tindakan yang sewajarnya berkaitan perkara di atas.Data NILAM tuan/puan hendaklah sampai ke PKg Rawang pada atau sebelum 12.11.2008.Pastikan hardcopynya ditandatangani oleh pentadbir dan soft copynya terus dihantar ke PKG Rawang juga boleh dihantar melalui emel pkg_rawang@moe.edu.my

Kerjasama dan tindakan tuan/puan amat dihargai.Terima kasih.

Hari Usahawan Muda SK Rawang

9.11.2008 (Sabtu)Atas usaha dan komitmen yang begitu tinggi di kalangan warga SK Rawang dengan kerjasama erat PIBG.Hari Usahawan Muda telah berlangsung dengan penuh meriah dan membanggakan sekali.Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya gerai jualan pelbagai hidangan,persembahan pelajar dan juga cabutan bertuah.Program ini merupakan kemuncak kepada program Bacaton yang telah berjalan sebelum ini.

Pada Sebelah pagi larian bacaton diadakan.Tujauan utama program ini adalah untuk mengumpul dana bagi menaik taraf Pusat Sumber Sekolah.Usaha ini patut dipuji dan dibanggakan oleh seluruh warga SK rawang.Pihak PKG Rawang mengucapkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada warga SK Rawang.