Posted by admin on
November 24, 2008
Sesi Persekolahan 2009
Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Januari manakala bagi negeri lain pada hari berikutnya.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 November hingga 2 Jannuari 2010.
Bagi negeri lain, cuti penggal pertama bermula 14 Mac hingga 22 Mac; pertengahan tahun 30 Mei hingga 14 Jun; penggal kedua 22 Ogos hingga 30 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 21 November hingga 3 Januari 2010.
Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 208 hari. - Bernama
Posted by admin on
November 11, 2008
Pemantauan SSQS
Makluman untuk semua sekolah terlibat dengan SSQS
TAHNIAH SJKC SELAYANG BARU,SMK RAWANG,SK BDR TASIK PUTERI,SK BUKIT RAWANG JAYA KERANA TELAH CAPAI 100%.(sehingga 12.08pm,12.11.2008)
Tuan;
Untuk makluman tuan, URL sistem yang baru diwujudkan tersebut turut
mempunyai public IP dan boleh diakses luar daripada schoolnet. Dengan lain
kata, semua pihak boleh mengakses sistem SSQS daripada dalam atau luar
schoolnet melalui
1) http://app.moe.edu.my/ssqs
2) http://sts.moe.edu.my/ssqs
Harap maklum & terima kasih.
Posted by admin on
November 10, 2008
Makluman kepada semua GPM Rawang Sila ambil tindakan yang sewajarnya berkaitan perkara di atas.Data NILAM tuan/puan hendaklah sampai ke PKg Rawang pada atau sebelum 12.11.2008.Pastikan hardcopynya ditandatangani oleh pentadbir dan soft copynya terus dihantar ke PKG Rawang juga boleh dihantar melalui emel pkg_rawang@moe.edu.my
Kerjasama dan tindakan tuan/puan amat dihargai.Terima kasih.
Posted by admin on
November 10, 2008
Hari Usahawan Muda SK Rawang
9.11.2008 (Sabtu)Atas usaha dan komitmen yang begitu tinggi di kalangan warga SK Rawang dengan kerjasama erat PIBG.Hari Usahawan Muda telah berlangsung dengan penuh meriah dan membanggakan sekali.Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya gerai jualan pelbagai hidangan,persembahan pelajar dan juga cabutan bertuah.Program ini merupakan kemuncak kepada program Bacaton yang telah berjalan sebelum ini.
Pada Sebelah pagi larian bacaton diadakan.Tujauan utama program ini adalah untuk mengumpul dana bagi menaik taraf Pusat Sumber Sekolah.Usaha ini patut dipuji dan dibanggakan oleh seluruh warga SK rawang.Pihak PKG Rawang mengucapkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada warga SK Rawang.











