Archive for October, 2008

Majlis Hi-Tea PKG Rawang

Jawatankuasa Biro Sosial PKG Rawang telah mengadakan Majlis Hi-Tea bagi meraikan Pengetua dan pengetua yang telah bersara dan juga Majlis Sambutan Hari Raya peringkat PKG.Majlis tersebut dijalankan di Crown Crystal Hotel Kuala Lumpur.Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Penolong Pengarah BTPN Selangor,Puan Nik Asma Nik Ahmad mewakili Tuan KPP.Turut serta Pengetua dan pengetua yang diraikan Puan Nik Hasmah Nik Mohamad,En Mahayadin dan Tuan Hj Ghazali.Majlis dimulakan jam 2 petang dan berakhir 5.30 petang.Cabutan bertuah juga turut diadakan.Majlis ini antara lain bertujuan merapatkan lagi hubungan antara ahli.Hampir semua Pengetua dan Guru Besar serta Penolong Kanan sekolah PKGRawang hadir dimajlis tersebut.

PEMBENTANGAN SKT AKHIR TAHUN

MITC Melaka,28.10.2008-Semua PTP PKG Selangor berkampung di Melaka bagi menyelesaikan tugasan penting dalam urusan kerja PKG Selangor.Tujuannya adalah bagi melaporkan sasaran kerja tahunan bagi tempoh Januari-Disember 2008.