Posted by admin on
September 25, 2008
Penilaian Makmal Komputer
Khamis-25.September 2008 Makmal komputer SEMEKAR dibawah kendalian En Shahrizan dan warga SEMEKAR telah selamat dinilai oleh Panel Hakim yang dilantik( Pn Kamariah Mohd Dawam UPB-BTPNSEL ).Pihak SEMEKAR yang di ketuai oleh Pn Hjh Siti Norma Yusuf selaku Pengetua telah menerima kehadiran hakim dan PTP PKG Rawang denganhati yang terbuka walaupun pada waktu ini begitu banyak aktiviti dan tugasan yang mesti diselesaikan oleh semua pihak.
Dalam ucapan beliau,Pn Hjh Siti Norma menjelaskan tentang misi dan visi SEMEKAR menjelang 2010 iaitu pembudayaan ICT disekolah dapat dicapai sepenuhnya.Beliau juga menyatakan bahawa persediaan dan tindakan awal telah dijalankan sejak 3 tahun yang lalu.
Jawatankuasa dilantik telah menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan ICT samaada dikalangan guru dan juga pelajar.En Sharizan dalam ucapannya menyatakan bahawa harapan beliau amat tinggi menuju kejayaan.Beliau juga smenyatakan sokongan padu dan kerjasama semua pihak amatlah dihargai kerana tanpa sokongan semua pengurusan makmal tidak akan berada pada tahap sekarang.
Posted by admin on
September 23, 2008
Salam Aidil Fitri
Salam Hari Raya buat semua rakan taulan sahabat handai….MAAF DIPINTA ………
Posted by admin on
September 16, 2008
Penialain PKG
Terima kasih kepada Pn Zariah, En Rahman & En Norleza atas kesudian hadir ke PKG Rawang pd 16 Sept untuk membuat penilaian. Segala teguran akan diperbaiki dari masa ke semasa. Terima kasih..
sakri said
16sept
Posted by admin on
September 11, 2008
Kekosongan Jawatan PTP PKG Hulu Klang
Iklan kekosongan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Hulu Klang. Sesiapa yang berminat blh berhubung dgn PKG Hulu Klang di Alamat PKG Hulu Klang,d/a SK Klang Gate,Setapak ,Kuala Lumpur.
Guru2 yang berminat, Kekurangan kemahiran dan pengalaman boleh ditingkatkan. Pokoknya minat terutama bidang PSS dan ada asas ICT.
Posted by admin on
September 5, 2008
ANUGERAH CEMERLANG MAKMAL KOMPUTER & PUSAT AKSES SEKOLAH
Penghakiman Anugerah Cemerlang Makmal komputer & Pusat Akses Sekolah di Negeri Selangor akan diadakan mulai 5 September 2008 hingga 16 Oktober 2008. Oleh itu, adalah diharapkan kepada semua sekolah yang terlibat supaya membuat persediaan yang sewajarnya. Kepada PKG yang sekolah ahlinya terlibat diharapkan agar dapat membantu pegawai-pegawai melaksanakan penilaian.
Sekolah-sekolah yang telah mendapat pencalonan dari JPN/PPD/PKG ialah…
CALON ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN PUSAT AKSES SEKOLAH
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
BIL NAMA SEKOLAH
1 SMK BUKIT SENTOSA
2 SMK LEMBAH KERAMAT
3 SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
4 SMK PERIMBUN
5 SMK ABDUL JALIL
6 SMK TAMAN KLANG
7 SMK MERU
8 SMK TELOK P GARANG
9 SMK RAJA MUDA MUSA
10 SMK TTDI JAYA
11 SMK SUNGAI BESAR
12 SEKOLAH SERI PUTERI
13 SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI
14 SMK(P) SRI AMAN
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
1 SK HULU BERNAM
2 SRJK© SELAYANG BARU
3 SK BUKIT RAHMAN PUTRA
4 SK. KAJANG UTAMA
5 SK SERI SEKAMAT
6 SK TAMAN KLANG JAYA
7 SK RANTAU PANJANG
8 SK SRI LANGAT (INTEG)
9 SK BANDAR BARU KUALA SELANGOR
10 SK SEAFIELD 3
11 SK BAGAN TERAP
12 SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI
13 SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA
14 SK SRI KELANA
CALON ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
BIL NAMA SEKOLAH
1 SMK AMPANG PECAH
2 SMK LEMBAH KERAMAT
3 SMK RAWANG
4 SMK PERIMBUN
5 SMK TAMAN KOSAS
6 SMKTAMAN KLANG UTAMA
7 SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH
8 SMK SG. MANGGIS
9 SMK JERAM
10 SM TEKNIK SHAH ALAM
11 SMK BAGAN TERAP
12 SEKOLAH SERI PUTERI
13 SMK DENGKIL
14 SMK TAMAN DATO’ HARUN
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
BIL NAMA SEKOLAH
1 SK SRI FAJAR
2 SK GOMBAK UTARA
3 SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
4 SK TAMAN RAKAN
5 SK JALAN 6 BANDAR BARU BANGI
6 SK (1) JALAN BATU TIGA
7 SK BUKIT KAPAR
8 SK MORIB
9 SK DATO’ MANAN (INTEG)
10 SK SEAFIELD 3
11 SK PARIT BAHARU
12 SK SG.RAWANG
13 SK SEKSYEN 7 SG.BULOH
Posted by admin on
September 2, 2008
Salam Ramadhan Buat Semua
Kami warga PKG Rawang mengucapkan seLamat menyambut Ramadhan Al Mubbarak 1429H.Selamat menjalani ibadah puasa,Semoga diberi ganjaran setimpal oleh ALLAH TAALA.
Orang islam adalah saudara orang islam yang lain tidak boleh menzaliminya dan menganiayainya, siapa yang menolong hajat saudaranya nescaya Allah menolong hajatnya dan siapa yang melepas daripada orang islam kesusahan nescaya Allah melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan pada hari akhirat dan sesiapa yang menutup aib orang islam nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat. Hadith sahih di riwayatkan oleh imam al- bukhari dan muslim














