Posted by admin on
August 6, 2008
APSSC SEMEKAR SELESAI DINILAI
Syukur Alhamdulillah,pada hari ini 6.8.2008 bersamaan hari Rabu,Dua orang Panel Hakim iaitu En Mustaffa bin Hj Darimi,Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat,UITM dan En Humaidi bin Saad,Penolong Pengarah,BTP,KPM Telah selamat menilai PSS SEMEKAR.Penilaian bermula jam 8.30 pagi dimulakan dengan acara taklimat dan tayangan video klip di bilik Sri Bakawali.Pn Norzida PK Kurikulum telah menyampaikan ucapan bagi mewakili Puan Pengetua.Panel Hakim juga telah melawat semua rangkaian PSS.Seterusnya Panel Hakim di bawa ke PSS dan penialain dokumen serta yang berkaitan dijalankan dan selesai sepenuhnya tepat pukul 4.40 petang.
Turut serta pada hari ini Puan Nik Asma Bt Nik Ahmad,Penolong Pengarah,BTPN Selangor,En Mohd Ali Bin Mat Sarif,PTP PKG Kuang,Pn Nurul Huda Yusuf,PTP PKG Gombak.Hadir sama ialah En Saufi YDP PIBG SEMEKAR dan AJK PSS.
Sesungguhnya komitmen dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua pihak amatlah dihargai.Sekalung Tahniah dan Syabas kepada semua pihak,khususnya warga SEMEKAR diatas segala yang telah disumbangkan.Tiada kata-kata yang lebih baik selain daripada jutaan terima kasih.










