Posted by admin on
August 2, 2008
Mesyuarat Biro Sosial & Kebajikan
Tarikh : 31 Julai 2008
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Sri Bakawali,SMK Rawang
Mesyuarat hari ini memutuskan bahawa Program Intrgerasi Guru akan dianjurkan oleh Biro yang melibatkan pertandingan Bowling,Hi-Tea,Majlis meraikan persaraan Pengetua,Guru Besar dan PK Ko,Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavalli.
Mesyuarat sebulat suara telah menetapkan bahawa program tersebut akan dijalankan pada 18 Oktober 2007(Sabtu),Pertandingan Boling akan dijalankan di Selayang Mall pada sebelah pagi, manakala di sebelah petangnya akan dijalankan majlis Hi-Tea di Cystal Crown Hotel,Jalan Ipoh.
PERTANDINGAN BOLING
Mesyuarat dengan sebulat suara memberi kepercayaan penuh kepada En Rahim untuk mengendalikannya. SK Taman Prima akan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan pertandingan tersebut.
Penyertaan terbuka kepada semua guru sekolah setempat PKG Rawang dan dihadkan kepada 70 orang sahaja.Individu yang mendaftar dahulu berserta bayaran sahaja layak menyertainya.Pertandingan akan dijalankan di Selayang Mall Bowl Centre.Promosi,bayaran penyertaan dan tarikh tutup penyertaan akan dimaklumkan oleh En Abd Rahim.
MAJLIS HI-TEA,PERSARAAN,SAMBUTAN HARI RAYA DAN DEEPAVALLI
Majlis ini akan dijalankan pada sebelah petang bermula pukul 2.30 petang pada hari Sabtu 18 Oktober 2008.Penyertaan diwajibkan kepada 5 orang satu sekolah.(Pengetua,Guru Besar,PK Kokurikulum dan 2 individu lain).Cabutan Nombor bertuah juga akan diadakan.










