SEMINAR KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BERSAMA SISIPAN ADAP DAN TUTOR AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
GOMBAK – Pusat Kegiatan Guru Daerah Gombak dengan kerjasama Utusan Malaysia berjaya menganjurkan satu Seminar Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bersama Sisispan ADAP dan Tutor Akhbar Utusan Malaysia.
Seminar yang diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Gombak pada 11 Julai 2008 melibat seramai 101 orang guru yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah daerah Gombak.
Encik Mohd Azam bin Nasir, selaku Pegawai Teknologi Pendidikan merangkap Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Gombak telah merasmikan seminar tersebut. Menurut beliau program ini amat berkesan kepada semua sebagai satu sumber yang boleh digunakan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia juga sebagai satu langkah untuk memberi pendedahan tentang fungsi akhbar dalam penyebaran maklumat.
Seminar ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Antara intipati dalam seminar ini adalah Pengenalan Akhbar Utusan Malaysia, Sisipan Pendidikan serta Majalah Estidotmy, dan Program Satu Kelas Satu Akhbar yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fahmi bin Asraf Khan.
Seminar ini telah berjalan lancar dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi soal jawab serta pandangan-pandangan yang positif dari para peserta. 100 orang peserta terdiri daripada GPM dan guru daerah Gombak menghadiri seminar tersebut.








