Rawang,11JUL-Majlis Perasmian Penutup Kursus ASas Pengurusan PSS telah selamat disempurnakan oleh En Bakhari Bin Abdul Rahman,Pen Pegawai Pelajaran,Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.Dalam ucapannya,beliau menegaskan bahawa PSS memainkan peranan penting ke arah kecemerlangan akademik pelajar.Oleh itu beliau mengharapkan semua pihak mesti mengambil tindakan serius bagi merealisasikan satu sekolah adalah pusat sumber.Beliau juga mengharapkan dengan kursus ini semua GPM yang hadir dapat mempertingkatkan dan memperbaiki kelemahanyang ada sebelum ini.Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua GPM yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai guru Pusat Sumber Sekolah.Beliau juga menegaskan PPD Gombak akan memberikan kerjasama penuh setiap program anjuran PKG dan berharap PPD dan PKG akan terus bergandingan bagi kecemerlangan pendidikan khususnya didaerah Gombak.Di Majlis tersebut beliau juga menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus.
Majlis penutup ini juga turut dihadiri oleh En Humaidi Bin Saad,Penolong Pengarah Sektor Kualiti BTP,KPM.Dalam ucapannya beliau juga menekankan bertapa pentingnya kerjasama semua pihak dalam menjayakan misi negara iaitu kearah kecemerlangan pendidikan yang membanggakan.Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada semua peserta kursus serta SMK Rawang dan SK Bukit Rahman Putra yang akan mewakili Selangor dalam pertandinagn PSS cemerlang peringkat kebangsaan.






