Jul 30
Bengkel Editing Video
icon1 admin | icon2 sakri | icon4 07 30th, 2008| icon3No Comments »

Bengkel tersebut sedang(30.7.2007-1.8.2008) berjalan dan telah dikendalikan sepenuhnya oleh PKG Rawang.Ia dibantu oleh dua orang JU ICT Daerah,Pn Sharifah Kastinah(SKBTP)dan Ustaz Nazri Takuan(SBPIR).Seramai 35 orang peserta menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada GPM atau wakil termasuk juru teknik komputer.

Para Peserta dikehendaki menghasilkan satu klip video berkenaan latar belakang sekolah masing-masing.Daripada pemerhatian yang dijalankan menampakkan bahawa peserta begitu tekun dan bersemangat dalam menjayakan bengkel tersebut.

Jul 23

Terima kasih kepada semua JU dan PTP yang telah menyelesaikan bengkel tersebut.JU Daerah telah mengambil keputusan utk menggunakan sistem fail yang baru terdiri daripa 5 fail utama dan 4 folder sokongan.

Bagi GPM yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan JU Daerah.

Pn Rafidah -SMK Seri Keramat,Pn SriAnis-SK Hulu Kelang,Pn Hirawati -SK Bukit Rawang Jaya,Pn Eeliani -SK Rawang,Pn Ruzainor-SMK Lembah Keramat

Jul 15
Fungsi PKG
icon1 admin | icon2 sakri | icon4 07 15th, 2008| icon3No Comments »

Berikut adalah fungsi PKG yang dikeluarkan oleh BTP sebagaimana yang di emelkan oleh En Bahari BTP,KPM

FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)
Memantau dan Memantapkan Pelaksanaan Pembestarian Sekolah
Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan, Latihan Pelbagai Media.
Menyebarkan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan, Latihan Pelbagai Media.
Mengurus Program Peningkatan Profesionalisma Berkaitan pembestarian Sekolah

Jul 15

PKG GOMBAK,15.Julai 2008 Kursus ini dijalankan di PKG Gombak,Ianya disertai oleh 24 orang peserta terdiri daripada PTP,JU ICT dan JT sekolah daerah gombak.

Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh En Khairie bin Sharif dan En Noor Leeza Dari BTPN Selangor.

Jul 10

SEMINAR KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BERSAMA SISIPAN ADAP DAN TUTOR AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

GOMBAK – Pusat Kegiatan Guru Daerah Gombak dengan kerjasama Utusan Malaysia berjaya menganjurkan satu Seminar Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bersama Sisispan ADAP dan Tutor Akhbar Utusan Malaysia.

Seminar yang diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Gombak pada 11 Julai 2008 melibat seramai 101 orang guru yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah daerah Gombak.

Encik Mohd Azam bin Nasir, selaku Pegawai Teknologi Pendidikan merangkap Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Gombak telah merasmikan seminar tersebut. Menurut beliau program ini amat berkesan kepada semua sebagai satu sumber yang boleh digunakan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia juga sebagai satu langkah untuk memberi pendedahan tentang fungsi akhbar dalam penyebaran maklumat.

Seminar ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Antara intipati dalam seminar ini adalah Pengenalan Akhbar Utusan Malaysia, Sisipan Pendidikan serta Majalah Estidotmy, dan Program Satu Kelas Satu Akhbar yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fahmi bin Asraf Khan.

Seminar ini telah berjalan lancar dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi soal jawab serta pandangan-pandangan yang positif dari para peserta. 100 orang peserta terdiri daripada GPM dan guru daerah Gombak menghadiri seminar tersebut.

Jul 10

Rawang,11JUL-Majlis Perasmian Penutup Kursus ASas Pengurusan PSS telah selamat disempurnakan oleh En Bakhari Bin Abdul Rahman,Pen Pegawai Pelajaran,Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.Dalam ucapannya,beliau menegaskan bahawa PSS memainkan peranan penting ke arah kecemerlangan akademik pelajar.Oleh itu beliau mengharapkan semua pihak mesti mengambil tindakan serius bagi merealisasikan satu sekolah adalah pusat sumber.Beliau juga mengharapkan dengan kursus ini semua GPM yang hadir dapat mempertingkatkan dan memperbaiki kelemahanyang ada sebelum ini.Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua GPM yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai guru Pusat Sumber Sekolah.Beliau juga menegaskan PPD Gombak akan memberikan kerjasama penuh setiap program anjuran PKG dan berharap PPD dan PKG akan terus bergandingan bagi kecemerlangan pendidikan khususnya didaerah Gombak.Di Majlis tersebut beliau juga menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus.

Majlis penutup ini juga turut dihadiri oleh En Humaidi Bin Saad,Penolong Pengarah Sektor Kualiti BTP,KPM.Dalam ucapannya beliau juga menekankan bertapa pentingnya kerjasama semua pihak dalam menjayakan misi negara iaitu kearah kecemerlangan pendidikan yang membanggakan.Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada semua peserta kursus serta SMK Rawang dan SK Bukit Rahman Putra yang akan mewakili Selangor dalam pertandinagn PSS cemerlang peringkat kebangsaan.

Jul 10

Jul 3
Buku Panduan PSS
icon1 admin | icon2 sakri | icon4 07 3rd, 2008| icon3No Comments »