Archive for June 20th, 2008

Visi,Misi,Moto Dan Piagam Pelanggan BTP,KPM

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Visi
Wujudnya budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah
Misi
Membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan
dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran
Moto
` Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan
iltizam berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada kami untuk :
1. Menghasilkan 500 judul bahan pendidikan dalam pelbagai
media dalam setahun;
2. Menyebarkan bahan pendidikan seperti rancangan TV
Pendidikan, radio pendidikan, perisian kursus, yang terkini
melalui saluran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan;
3. Memberi bimbingan, bantuan kepada sekolah bestari dan
penyelesaian masalah sepanjang masa;
4. Memberi khidmat bantu kepada 30 buah Pusat Sumber Sekolah
(PSS) setahun;
5. Melaksanakan 15 program galakan membaca setahun;
6. Memberi perkhidmatan yang profesional dan cekap serta
memenuhi kehendak pelanggan sepanjang tahun.