Jun 28

Jun 26

Perhimpunan Bulanan BTPN (Jun 2008) pada hari ini dihoskan oleh PKG Daerah Gombak.Terima kasih kepada Tuan KPP diatas kepercayaan yang diberikan.

Pihak Penganjur memilih tema pada kali yang bertajuk KESIHATAN,KEBAHAGIAAN,dan KECEMERLANGAN.Tema ini amat bersesuaian sekali,kerana sebelum kita menyayangi orang lain,kita dituntut menyanyangi diri kita terlebih dahulu,

Jawatankuasa Pelaksana diketuai oleh Encik Mohd Azam Bin Mohd Nasir selaku Ketua PKg Daerah Gombak.Ia turut dibantu oleh Semua PTP Daerah dan Staf PKG Daerah Gombak.

Serentak dengan itu juga majlis pelancaran rasmi laman web pkg daerah gombak telah di sempurnakan oleh Tuan KPP.Tn Hj Ahmad Dahlan Bin Kardi.

Jun 20

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Visi
Wujudnya budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah
Misi
Membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan
dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran
Moto
` Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan
iltizam berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada kami untuk :
1. Menghasilkan 500 judul bahan pendidikan dalam pelbagai
media dalam setahun;
2. Menyebarkan bahan pendidikan seperti rancangan TV
Pendidikan, radio pendidikan, perisian kursus, yang terkini
melalui saluran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan;
3. Memberi bimbingan, bantuan kepada sekolah bestari dan
penyelesaian masalah sepanjang masa;
4. Memberi khidmat bantu kepada 30 buah Pusat Sumber Sekolah
(PSS) setahun;
5. Melaksanakan 15 program galakan membaca setahun;
6. Memberi perkhidmatan yang profesional dan cekap serta
memenuhi kehendak pelanggan sepanjang tahun.

Jun 19

25 Julai-3 Ogos 2008,Kompleks PKNS,Shah Alam

Untuk maklumat lanjut sila layari www.pestabukuselangor.com

Jun 18

Karnival ini akan berlangsung acara kemuncaknya pada hari Sabtu 21.6.2008 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.Sama-samalah kita memeriahkannya.

Jun 18

SELAMAT BERTUGAS KEPADA PENGARAH BARU BTP,KPM

Kami warga PKG Rawang dan sekolah setempat mengucapkan selamat bertugas kepada Pengarah baru BTP iaitu Tuan Haji Mohd. Adenan bin Deraman. Harapan kami Tuan Pengarah dapat meneruskan agenda pembangunan teknologi dalam bidang pendidikan dengan lebih gemilang lagi.Sekalung Tahniah kepada Tuan Pengarah.

Jun 17
Perhimpunan Jun 2008
icon1 admin | icon2 sakri | icon4 06 17th, 2008| icon3No Comments »

Perhimpunan pada kali ini akan dihoskan oleh PKG Daerah Gombak

Jun 9
Kursus Adobe Photoshop
icon1 admin | icon2 sakri | icon4 06 9th, 2008| icon3No Comments »

Kursus tersebut akan diadakan bermula pada 28 Jun.Ianya Akan diadakan di Makmal SMK Rawang.Para Peserta akan menghasilkan bahan yang berkaitan dengan sukatan pelajaran.Dijangkakan 30 peserta yang akan mengambil bahagian.

Jun 9

Pelik tengok bukannya anak muda, tapi bapa budak pun menghias kereta dengan stiker berbahasa Inggeris, ada pula tulisan yang bukan tulisan rumi yang mungkin pemiliknya pun tak faham.

Anda suka menghias kereta dengan stiker-stiker. Tapi dengan stiker-stiker nasihat.

Terpesona dengan satu kereta Hyundai Getz nampak sporty warna hitam, sim sport, ada spoiler lagi, bukan main cantik hiasan kereta cermin belakangnya Rupa-rupanya dipandu oleh Pak Aji.

Kita orang Melayu ni, kalau bangga sangat dengan bangsa Melayu, yang melaung-laungkan Hidup Melayu, martabatkanlah tulisan jawi. Tulisan jawi ni kalau ditulis elok-elok memang cantik di buat hiasan stiker kereta.

Kenapa kita nak berbangga dengan tulisan yang kita tidak faham yang bukan beridentitikan bangsa kita ? Bahasa Jiwa Bangsa, Martabatkan Bahasa Melayu, Martabatkan Tulisan Melayu, Martabatkan Tulisan Jawi.

Jun 6

Rawang-6.6.2008,Encik Khairie PTP BTPN Selangor telah ke SK rawang Bagi menyelesaikan masalah tersebut.Setelah bertungkus lumus dengan kepakaran yang beliau ada akhirnya…..berjaya.Beliau juga memaklumkan kepada GPK Kurikulum bahawa teruskan penggunaan Pusat Akses dan pertingkatkan pengurusannya.Lawatan beliau ke sekolah tersebut turut disertai oleh PTP PKG Rawang.

Jun 1

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN,Kementerian Pelajaran Malaysia

SEKTOR DAN UNIT
(mulai 26 Jun 2008)

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Sektor Pengurusan dan Pembangunan Teknologi Pendidikan
· Unit Penyelarasan Dasar Teknologi Pendidikan
· Unit Pengurusan Kewangan
· Unit Pentadbiran, Perkhidmatan dan Perjawatan
· Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan
Sektor TV Pendidikan
· Unit Kurikulum
· Unit Hal Ehwal Semasa
· Unit Operasi TV
· Unit Reka bentuk Dan Pementasan
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan (PSP)
· Unit Penyelarasan Sumber Sektor
· Unit Pusat Sumber BTP, BTPN, PTPB dan PKG
· Unit Pusat Sumber Sekolah
· Unit Penerbitan dan Penilaian
Sektor Inovasi dan Galak Guna Teknologi Pendidikan
· Unit Pembangunan Inovasi
· Unit Galak Guna Teknologi Pendidikan
· Unit Penilaian Produk
· Unit Pengurusan Pengetahuan
Sektor Perkhidmatan Kejuruteraan
· Unit Kendalian dan Penyenggaraan Studio
· Unit Siaran dan Rakaman ENG
· Unit Kendalian dan Penyenggaraan Audio
· Unit Operasi Kawalan Pusat
· Unit Keselamatan dan Perkhidmatan M&E
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ( 15 buah )

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BESTARI
Sektor Pengurusan dan Pemantapan Sekolah Bestari
· Unit Pemantapan Aplikasi Sekolah Bestari
· Unit Penyelarasan Sekolah Bestari
· Unit Penyelarasan Kongsi Pintar
· Unit Penyelarasan Sumber Sektor
Sektor Pembangunan Pelbagai Media
· Unit Bahasa
· Unit Sains Sosial
· Unit Sains dan Matematik
· Unit Teknikal
Sektor Penetapan dan Kawalan Mutu
· Unit Audit Dalam
· Unit Dokumentasi & Piawaian
· Unit Perhubungan Awam
· Unit Penyelarasan BTPN, PTPB & PKG
Sektor Perkhidmatan Sokongan ICT
· Unit Sokongan Sistem ICT
· Unit Pembangunan Aplikasi
· Unit Portal
Sektor Infrastruktur dan Repositori
· Unit Operasi Simulasi
· Unit Penyenggaraan ICT
· Unit Pusat Repositori & Rangkaian
Sektor Intervensi ICT
· Unit Penyelarasan Latihan
· Unit Pengurusan Perubahan
· Unit Pengurusan Sumber Sektor

Jun 1
Borang Pendaftaran GPM
icon1 admin | icon2 borang | icon4 06 1st, 2008| icon3No Comments »

Daftar dengan menggunakan borang dibawah

 

cforms contact form by delicious:days

Jun 1

Berhubung perkara tersebut,BTPN Selangor akan mengadakan Bengkel Semakan SKT Setengah Tahun 2008 pada 9-13 Jun 2008 di Ipoh Perak.Setiap PKG Selangor diwakili oleh Ketua PKG masing-masing.