SEMINAR PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM ERA KEILMUAN ANJURAN PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH GOMBAK DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
Pusat Kegiatan Guru Daerah Gombak telah mengadakan seminar bertajuk ‘Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Era Keilmuan’ untuk guru-guru perpustakaan dan media seluruh Gombak. Seminar ini diadakan di Auditoriam, IIUM Main library. Ia dijalankan dalam 2 fasa iaitu fasa I pada 25 Januari 2008 khas untuk GPM sekolah menengah, manakala fasa II khas untuk GPM sekolah rendah pula dijalankan pada 15 Febuari 2007.
Objektif seminar ini adalah:
- Memberi pendedahan kepada GPM tentang peranan terkini dan cabaran PSS dalam Era Keilmuan.
- Bertukar-tukar ilmu dan pengalaman antara GPM, PKG dan pensyarah UIAM dalam membina modal insan berteraskan ilmu.
- Menjalin hubungan kerjasama antara GPM, PKG, pensyarah dan penuntut Sains Perpustakaan di UIAM dalam pelbagai program komuniti bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan mencari ilmu untuk kejayaan diri.
Antara pengisian dalam seminar ini ialah penyampaian ceramah, forum, perbincangan, sesi soal jawab dan yang paling menarik adalah lawatan ke perpustakaan UIAM






May 28th, 2008 at 12:13 am
weh sakri jangan buat page banyak sangat daa … penuh … guna post dan buat kategori untuk kelaskan mana post ngko