May 30

PKG Daerah Gombak dan BTPN Selangor akan mengadakan Bengkel tersebut pada 24.Jun 2oo8,Peserta terdiri daripada Pasukan Kongfigurasi Rangkaian Daerah Gombak dan juga Jurutenik komputer sekolah.Surat panggilan akan menyusul dan tempat akan ditentukan kemudian

May 28
Data NILAM
icon1 admin | icon2 sakri | icon4 05 28th, 2008| icon3No Comments »

Taklimat Pengumpulan Data NILAM Setengah Tahun 2008 telah diadakan pada 8.5.2008 bertempat di PKG Rawang

Semua GPM hadir di Majlis tersebut.Taklimat telah disampaikan oleh Encik Sakri Bin Said PTP2 PKG Rawang

May 28
Khidmat Bantu SMK Rawang
icon1 admin | icon2 sakri | icon4 05 28th, 2008| icon33 Comments »


052708-0216-34.jpg 052708-0216-24.jpg052708-0216-27.jpg052708-0216-28.jpg052708-0216-29.jpg052708-0216-30.jpg052708-0216-31.jpg052708-0216-32.jpg052708-0216-33.jpg 052708-0216-16.jpg052708-0216-20.jpg052708-0216-21.jpg052708-0216-23.jpg 052708-0216-15.jpg 052708-0216-17.jpg052708-0216-18.jpg052708-0216-19.jpg 052708-0216-6.jpg052708-0216-5.jpg052708-0216-8.jpg052708-0216-9.jpg 052708-0216-7.jpg052708-0216-10.jpg052708-0216-11.jpg052708-0216-12.jpg052708-0216-14.jpg 052608-1329-18.jpg052608-1329-23.jpg052708-0216-3.jpg052708-0216-4.jpg

May 28

SEMINAR PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM ERA KEILMUAN ANJURAN PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH GOMBAK DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Pusat Kegiatan Guru Daerah Gombak telah mengadakan seminar bertajuk ‘Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Era Keilmuan’ untuk guru-guru perpustakaan dan media seluruh Gombak. Seminar ini diadakan di Auditoriam, IIUM Main library. Ia dijalankan dalam 2 fasa iaitu fasa I pada 25 Januari 2008 khas untuk GPM sekolah menengah, manakala fasa II khas untuk GPM sekolah rendah pula dijalankan pada 15 Febuari 2007.

Objektif seminar ini adalah:

  1. Memberi pendedahan kepada GPM tentang peranan terkini dan cabaran PSS dalam Era Keilmuan.
  2. Bertukar-tukar ilmu dan pengalaman antara GPM, PKG dan pensyarah UIAM dalam membina modal insan berteraskan ilmu.
  3. Menjalin hubungan kerjasama antara GPM, PKG, pensyarah dan penuntut Sains Perpustakaan di UIAM dalam pelbagai program komuniti bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan mencari ilmu untuk kejayaan diri.

Antara pengisian dalam seminar ini ialah penyampaian ceramah, forum, perbincangan, sesi soal jawab dan yang paling menarik adalah lawatan ke perpustakaan UIAM

May 27
Sekadar Berita
icon1 admin | icon2 sakri | icon4 05 27th, 2008| icon3No Comments »

BENGKEL PROSES TEKNIK BAHAN BUKU DI SMK TAMAN DESA

SMK Taman Desa bergeraka setapak lagi dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dalam pengurusan PSS,dimana JK PSS telah mengambil inisiatif menjalakan bengkel Proses Teknik Bahan Buku kepada 80 orang Pengawas PSS dan juga AJK PSS.

Langkah ini dilihat amat wajar dan betepatan sekali kerana amat perlu Pengawas PSS diberi pendedahan ilmu yang sebegini.Ianya sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan lagi pengurusan PSS SMK Taman Desa.

Khidmat Bantu Kali ke 2 PSS Semekar(Calun Negeri Selangor)

Program Khidmat Bantu PSS Semekar Kali Ke 2 telah dijalankan mulai 26.5.2008-28.5.2008.

Program ini diketuai oleh Ketua Unit PSP-PKG,BTPN Selangor,Puan Nik Asma Bt Nik Ahmad dan dibantu oleh ,En Azman Bin Larot dan En Jaafar Abdullah,PTP, BTPN Selangor, Turut bersama PTP PKG Selangor,Sakri Said(Rawang),Pn Nurul Huda(Gombak),En Kamruzaman(Kula Kubu)Pn Khairol Faridah(Kalumpang)Pn Effa Ernie(Hulu Klang),En Ali Mat Sarif(Kuang) dan guru-guru SEMEKAR